assalamualaikum..

Friday, February 6, 2009

IKHLASKAH TAUBAT KITA?

Ya ALLAH! Ampunkan aku ya Allah..
Maafkan aku.. Ampunkan dosa-dosaku ya Allah..
Terimalah taubatku ya Allah..

Seringkali kita berdoa memohan dan meminta dosa- dosa kita dihapuskan oleh Allah..
Tetapi..
Ada segelintir hamba Allah yang tetap melakukan kembali dosa yang mereka buat setelah mereka memohon dosa-dosa tersebut diampunkan.. mereke tidak bersungguh-sungguh untuk berubah dan bertaubat.. lisannya sahaja melafazkan kalimah taubat sedangkan ia masih lagi bergelumang dengan dosa dan maksiat

Ulama’ telah menyebutkan syarat-syarat yang mesti ada bagi seseorang yang benar-benar ingin bertaubat sepertimana yang telah diambil dari Al-Quran dan hadis, antaranya:


1) Bersegera meninggalkan perbuatan dosa dan maksiat tersebut.

2) Menyesal atas dosa-dosa yang telah dilakukan.

3) Berazam untuk tidak kembali bergelumang dalam dosa dan kemaksiatan.

4) Mengembalikan hak-hak orang yang dizalimi atau memohon kemaafan darinya.


Terdapat juga sebahagian ulama’ yang menggariskan syarat-syarat lain bagi mereka yang ingin bertaubat dengan taubat nasuha, antaranya:


1) Meninggalkan dosa-dosa tersebut (taubat nasuha) ikhlas kerana Allah swt dan bukan kerana perkara-pekara lain.

2) Merasa jijik dan benci dengan dosa yang yang dilakukan dan mengakui akan kemudharatannya.

3) Bersegera melakukan taubat nasuha.

4) Berasa takut dan risau ia akan kembali kepada dosa dan kemaksiatan.

5) Cuba Mendapatkan kembali hak-hak Allah swt (cth: zakat, solat, dsb.) yang telah di tingalkan sebelumnya (sekiranya boleh).

6) Mencari sahabat-sahabat yang soleh yang mampu membimbing dan membantu supaya dia sentiasa mengingati Allah dan tidak kembali kepada kemaksiatan.



Hamba Allah yang benar-benar menyesal dan bersungguh-sungguh serta berjanji tidak akan mengulangi dosa lalu, insyaAllah akan diterima taubatnya kerana janji Allah di dalam firmannya:


‘Dan Dialah yang menerima taubat dari hamba-hambaNya dan memaafkan kesalahan’ - Surah asy-Syura: 25.



p/s: peringatan untuk diri sy dan sahabat...
selagi masih ada peluang bernafas, bertaubatlah...

0 comments:

 
keredhaanMU.. © 2008 by para Você | Re-design Sweet Baby Girl