assalamualaikum..

Saturday, January 31, 2009

CHIKUNGUNYA???!!

em... seminggu dah bercuti...
esok bermula la semula rutin harian ke kuliah...
tapi hati masih tak tenang.. mak saya sakit semula masa saya dah pulang ke Nilai..
2minggu sebelum saya pulang ke kampung, abg call bgtau mak sakit. pas2 ape lg, sy trus call mak tny bagaimana keadaannya.
air mata menitis apabila mak menceritakan yang dia di bawa dgn kerusi roda oleh nurse masa mak di hospital sebab mak terjatuh masa nak masuk ke bilik doc akibat tak mampu nak berjalan sendiri..
cane tak sedih, doc tanya mak datang dengan sape?. mak cakap datang sorang.. mak cakap tak nak nyusahkn anak2..
hmm...ape la mak ni.. apa la guna anak2 klu tak jaga mak sndiri... betulkan???
akhirnya,
mAK ku disahkan terkena jangkitan CHIKUNGUNYA!!! ( http://www.moh.gov.my/ )
pilu sgt hati dgr mak cerita die dipapah oleh ank buah sy jika nak ketandas atau nak bergerak..
mak ckp bdn mak pns sgt pas2 sakit2 1 bdn. lg2 kt lutut, tgn.. yela...skit chikungunya kan sakit sendi..
teringat pula sy men'cebok' kan mak time mak xlarat nak wat pape akibat xcident dulu..
mak cerita lgi, ada kwn2 mak yg masuk wad akibat terkena jangkitan chikungunya.
Alhamdulillah mak xseteruk kwn mak yg lain..
syukur sgt2 ada abg dan anak2 ny yg tinggal dikampung setelah permohonan abg sy diluluskan mengajar disemenanjung semenjak 20 tahun mengajar di Sarawak.
kini mereka lah yg menjaga mak dikampung.....
b4 blik ke Nilai, mak dah ok ckit. tp abg call lg bgtau yg mak dmm balik..
maaf mak...
xdpt nk tgk2 kn mak..
insyaAllah klu xde hal mggu ni, sy nk blik ke kmpung..
sahabat2..
doakan mak sy cpt sembuh..
ya Allah, tabahkan lah diri ku, berilah kesabaran pada diri ku melalui ujian Mu ini ya Allah..
amin ya ROBBI..


p/s: notis ini diambil dari Blog Kementerian Kesihatan Malaysia. http://www.moh.gov.my/


Penyakit Chikungunya

Penyakit Chikungunya adalah penyakit jangkitan virus yang disebarkan oleh gigitan nyamuk Aedes. Gejala utama jangkitan adalah demam panas, rasa sakit yang teruk pada sendi terutamanya sendi kecil dan ruam. Chikungunya tidak menyebabkan kematian dan adalah ’self-limiting’ ataupun sembuh dengan sendiri. Pesakit cuma memerlukan rawatan simptomatik dan rehat secukupnya, namun gejala sakit sendi boleh berlarutan bagi pesakit yang telah berumur. Rawatan hospital hanyalah untuk keadaan tertentu sahaja. Pesakit kebiasaannya memperoleh imuniti sepanjang hayat. Sepertimana jangkitan virus lain, tiada ubat khusus atau vaksin untuk penyakit Chikungunya. Cara paling berkesan untuk mengelakkannya adalah dengan mengawal pembiakan nyamuk aedes di persekitaran kita.

Saturday, January 24, 2009

KAWAN, SAHABAT, TEMAN...

sahabat sejati.. berkongsi kesedihan dan kegembiraan bersama



Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’

PerSAHABATan yang sejati sukar ditemui.. teman yang btul2 mempunyai hati yang tulus ikhlas, jujur dalam hubungan insyaAllah pasti akan menemui erti persahabatan sebenar……


persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Terdapat kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi suka dan duka bersama kita, dan ada juga kawan yang hanya menampakkan muka pada waktu kita senang.


Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Jika tersalah memilih sahabat, kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud:
Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya. (H.R Abu Daud).




Nasihat Imam Syafie dalam bersahabat


1. Sahabat Yang Baik
Aku mencintai sahabat-sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku. Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau pun setelah aku mati.
Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tak luntur baik dalam keadaan suka ataupun duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya.
Kuhulurkan tangan kepada sahabat-sahabatku untuk berkenalan, kerana aku akan merasa senang. Semakin banyak aku perolehi sahabat, aku semakin percaya diri.


2. Mencari Sahabat Di Waktu Susah
Belum pernahku temukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Padahal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Kalau suka melanda, aku sering bertanya…. Siapakah yang sudi menjadi sahabatku? Dikala aku senang, sudah biasa bahawa banyak orang yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan.


3. Pasang-Surut Persahabatan
Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik. Namun, ketika musibah menimpaku, didapati mereka tak ubah seperti roda zaman yang tak mahu bersahabat dengan keadaan. Jika aku menjauhkan diri dari mereka, mereka mencemuhkan dan jika aku sakit, tak seorang pun yang menjengukku. Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai.


4. Mengasingkan Diri Lebih Baik Daripada Bergaul Dengan Orang Jahat


Bila tak ketemukan sahabat-sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang-orang jahat.Duduk sendirian untuk beribadah dengan tenang adalah lebih menyenangkanku daripada bersahabat dengan kawan yang mestiku waspada.




5. Sukarnya Sahabat Sejati


Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Cucilah kedua tanganmu dari zaman tersebut dan dari manusianya. Peliharalah cintamu terhadap mereka. Maka kelak kamu akan memperolehi kebaikannya.Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku ditemukan di dunia ini sahabat yang sejati. Kutinggalkan orang-orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan aku janji orang-orang mulia kerana kebaikannya sedikit.




6. Sahabat Sejati Di Waktu Susah


Kawan yang tak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan. Tidak ada yang abadi, dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah. Sepanjang hidupku aku berjuang keras mencari sahabat sejati sehinggalah pencarianku melenakanku. Kukunjungi seribu negara, namun tak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia.




7. Rosaknya Keperibadian Seseorang


Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi tipuan dan rayuan. Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang. Apabila engkau memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri-duri itu.




8. Menghormati Orang Lain


Barangsiapa menghormati orang lain, tentulah ia akan dihormati. Begitu juga barangsiapa menghina orang lain, tentulah ia akan dihinakan.Barangsiapa berbuat baik kepada orang lain, baginya satu pahala. Begitu juga barangsiapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat.




9. Menghadapi Musuh


Ketika aku menjadi pemaaf dan tak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas dari bara permusuhan. Ketika musuhku melalui di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku dari kejahatan.Aku perlihatkan keramahanku, kesopananku dan rasa persahabatanku kepada orang-orang yang aku benci, sebagaimana aku menzahirkan hal itu kepada orang-orang yang aku cintai. Manusia adalah penyakit dan penyakit itu akan muncul bila kita mendekati mereka. Padahal menjauhi manusia bererti memutuskan persahabatan.




10. Tipu Daya Manusia


Mudah-mudahan anjing-anjing itu dapat bersahabat denganku, kerana bagiku dunia ini sudah hampa dari manusia. Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk majikannya yang tersesat, tidak seperti manusia-manusia jahat yang selamanya tak akan memberi petunjuk. Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa hidup sendiri.




11. Tempat Menggantungkan Harapan


Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang-orang yang mulia, maka dekatilah orang yang sedang membangunkan rumah untuk Allah. Hanya orang yang berjiwa mulia yang dapat menjaga nama baik dirinya dan selalu menghormati tamunya, baik ketika hidup mahupun setelah mati.




12. Menjaga Nama Baik


Jika seseorang tak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya.Berpisah dengannya bererti istirehat.








jauhilah sahabat yang..



Sahabat yang tamak


ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.


Sahabat hipokrit


ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.


Sahabat pengampu


Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.


Sahabat pemboros dan suka hiburan


ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan melepaka pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.


Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah


Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.


Petua Bersahabat

Apabila bersahabat, diri sendiri & sahabat harus mempunyai tanggungjawab..

1. Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita & sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku.

2. Jgn terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul.


3. Perkara sensitif spt gaji, kenaikan pangkat & hutangnya usah ditanya.

4. Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi spt rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat.

5. Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya. Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik.

6. Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi sahabat. Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat.

7. Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya. Jangan terlalu busy body dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita.

8. Menghormati hak & kehidupan peribadi sahabat.Beri peluang sahabat bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan & kita hanya menyekat perhubungan dgn insan lain.

9. Jika salah seorg marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati. Jgn dibalas, berdiam & tunggu hingga dia reda & sejuk. Pasti hubungan akan kembali spt biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap org ada lautan hati yg pasang surut.

10. Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jikalau dia mengomel, dengar & angguk. Itu lebih baik dpd membuat komen. Ia boleh memburukkan keadaan.

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.


berhati-hatilah dalam bersahabat...mg kita sama-sama menemui sahabat sejati yang menjaga perhubungan ikhlas kerana ALLAH...AMIN YA ROBBI..

 
keredhaanMU.. © 2008 by para Você | Re-design Sweet Baby Girl