assalamualaikum..

Saturday, February 7, 2009

CEMERLANG DENGAN DOA





Berdoalah kepadaku akan Aku perkenankan permintaanmu.

surah al-Mukmin: ayat 60



Doa ialah ibu ibadah. Demikian yang disabdakan Nabi SAW mengikut riwayat Imam Tirmizi.

Doa adalah rahmat yang diturunkan. Ia dapat dikiaskan dengan perisai yang menjadi sebab senjata tidak menembusi badan.


diriwayatkan oleh Imam Tirmizi, Nabi SAW bersabda,

(Mintalah kepada Allah kurniaannya. Sesungguhnya Allah menyukai permohonan (dari hambanya).)



Adab-Adab Berdoa


Doa yang diterima oleh Allah ialah doa yang datang dari hati yang khusyuk. Ketika berdoa beberapa adab perlu dijaga agar doa itu diberkati dan dimakbulkan Allah.

Antara adab-adab itu ialah:


1. Memilih waktu yang mulia.


Antara waktu-waktu istimewa yang baik untuk berdoa, berpandukan hadis-hadis Nabi SAW, ialah di bulan Ramadan, pada hari Jumaat, pada hari Arafah, waktu sahur, ketika sedang berjihad, waktu hujan turun, selepas melaksanakan solat-solat fardu, antara azan dan iqamat, ketika sedang berpuasa dan ketika sedang sujud dalam solat.


2. Merendahkan diri kepada Allah dan khusyuk.


Dalam surah Al-‘raf ayat 55 Allah berfirman:
Berdoalah kepada Tuhanmu dengan rendah hati dan takut.


3. Bertaubat daripada dosa dan mengembalikan semula hak mereka yang telah dizalimi.


Dosa yang dilakukan akan menjadi benteng yang menghalang penerimaan doa oleh Allah. Hal ini disebutkan dalam Al-Azkar oleh Imam An-Nawawi. Allah berfirman dalam surah At-Tahrim ayat 8,

(Wahai mereka yang beriman bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nasuha (iaitu taubat yang sebenarnya).


4. Meyakini bahawa doa itu akan diterima.


Maksudnya, hendaklah kita berfikiran positif ketika berdoa. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi, Nabi SAW bersabda, (Berdoalah kepada Allah dengan kamu meyakini bahawa ia akan diterima.)


5. Tidak tergesa-gesa.


Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan, Nabi SAW bersabda, (Doa seseorang kamu akan diperkenankan selagi mana dia tidak bersikap tergesa-gesa dengan berkata, (Aku telah pun berdoa tetapi nampaknya tidak diperkenankan) Mereka yang tergesa-gesa bersikap seolah-olahnya mengetahui apa yang terbaik untuk diri mereka.


6. Hendaklah dimulakan sesuatu doa dengan memuji Allah dan berselawat ke atas Rasulullah SAW.


7. Disunatkan mengulang-ulangi sesuatu doa untuk menampakkan kesungguhan.


Hal ini diriwayatkan oleh Imam Abu Daud melalui sahabat Abdullah ibn Masud yang berkata, (Sesungguhnya Rasulullah amat gemar mengulang-ulangi doa dan istighfar tiga-tiga kali.)



tetapi...

terdapat segelintir golongan manusia yang tidak sedar akan nikmat Allah lalu berkata:

" aku sudah berdoa, tetapi tidak nampak apa-apa yang Allah bagi dan tiada perubahan pun. kalau begitu, labih baik tidak perlu berdoa"


Astagfirullah.. moga kita bukan dikalangan orang yang jahil..


Punca Doa Tertolak


- sumber rezeki yang haram


Ibrahim ibn Adham pernah pada suatu ketika berada di kota Basrah. Beliau ditanya tentang punca sesuatu doa tidak dimakbulkan oleh Allah. Beliau berkata,


Pertama, kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak menunaikan haknya. Kedua, kamu mengatakan bahawa kamu mencintai rasulullah tetapi kamu tidak mengikut sunahnya. Ketiga, kamu membaca Al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya. Keempat, kamu menerima nikmat Allah tetapi kamu tidak menunaikan syukurnya. Kelima, kamu berkata bahawa syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya. Keenam, kamu berkata bahawa syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya. Ketujuh, kamu berkata bahawa neraka itu benar tetapi kamu tidak melarikan diri daripadanya. Kelapan, kamu berkata bahawa mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuk menghadapinya. Kesembilan, kamu bangun dari tidur dan kamu menceritakan tentang keaiban orang lain dan kamu melupakan keaiban dirimu sendiri. Kesepuluh, kamu mengebumikan mayat tetapi kamu tidak mengambil pengajaran darinya.)





1 comments:

Anonymous said...

aamin..

 
keredhaanMU.. © 2008 by para Você | Re-design Sweet Baby Girl